My Cart

Close

TF, Kapsul Keladi Tikus, 180 caps

$75.00 $80.00

955410008500C

About

What it is :

Tumbuhan amat penting dalam kehidupan manusia, ia memenuhi kebanyakan keperluan harian. Ia digunakan dalam pembuatan kosmetik, makan pemakanan, perasa dan pewarna, perhiasan dan perubatan. Tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan digunakan untuk merawat bermacam macam jenis penyakit.

Oksidasi adalah satu kemestian dalam organisma untuk menghasilkan tenaga kepada proses biologikal.

Walaubagaimanapun, ketidak kawalan penghasilan oksigen menghasilkan radikal bebas yang meyumbang kepada tumbuhnya penyakit seperti atherosclerosis, rheumatoid arthritis dan kanser, juga kepada proses ketuaan (degenerative processes of aging).

Hampir semua organisma terlindung dari radikal bebas oleh enzim seperti super-oksid dismutase dan catalase atau kompond seperti asid ascrobic, tocopherols dan glutathione.

Bila mekanisma perlindungan antioksida tidak seimbang disebabkan dari ketuaan, penurunan fungsi physiological akan menyebabkan serangan penyakit dan peningkatan jangka waktu penuaan yang lebih cepat, oleh ini kandungan antioksida dalam pemakanan seseorang adalah amat penting bagi melindungi badan dari kesan oksidasi.

TYPHONIUM FLAGELLIFORME atau KELADI TIKUS sebagai makanan tambahan yang membantu melawan radikal bebas dalam tubuh dan meningkatkan daya tahan badan. Juga membantu penyahtoksidan dalam darah.

Ia merupakan sejenis tumbuhan meliar dari keluarga Araceae. Nama saintifiknya ialah Typhonium flagelliforme (Lodd) BL. Keladi tikus juga dikenali dengan beberapa nama seperti talas Kunting, bira kecil, ileus gofu.

Sebelum ini keladi tikus tidak dikenali ramai. Tanaman semak sejenis talas ini boleh mencapai ketinggian melebehi 100 cm. Ia menyukai tempat lembab dan berpaya.

Daunnya berbentuk seperti jantung, tumbuh dari ubi dan berwarna hijau segar. Dalam Bahasa Inggeris keladi tikus disebut sebagai rudent tuber. Ia mudah dijumpai dikebanyakan tempat di Malaysia. Daunnya berbentuk jantung dan berwarna hijau pekat basah. Seluruh bahagian dari pokok ini boleh digunakan dalam rawatan penyakit.

TYPHONIUM

Typhonium di rujuk kepada bentuk bujur akar kepada Typhonium giganteum. Dalam bahasa Cina dinamakan sebagai baifuzi, yang bermaksud akar berwarna cerah (bai = puteh) dan kesamaannya dengan jenis pokok berakar berlubang seperti aconite beracun (fuzi).

Tanaman ini diakui mempunyai nilai anti kanser pada awal 1990 ’an (Neoh, 1992), ini pendapat sarjana Barat, sedangkan tanaman ini telah lama diguna pakai oleh sarjana Islam seperti Ibnu Sinna dalam perubatan tibb-e-Unani dan di Negeri China. Tumbuhan ini walaupun bukan jenis tumbuhan dikenali umum, tapi ia terkenal dikalangan para tabib (sense) Cina yang menggunakan nya dalam komponen herba tradisional mereka untuk rawatan kahak berangin (wind-phlegm), penyakit yang menyebabkan kejangan otot dan untuk pesakit lumpuh lidah, muka atau percakapan. Contohnya, digunakan dalam ubatan Qianzheng San (Serbuk pemulihan keasal / Powder for Restoring the Normal Position), yang mengandungi ramuan utamanya typhonium, ulat-sutera dan kalajengking, yang diberikan kepada pesakit lumpuh disebabkan stroke. Lanjutan dari versi formula ini adalah ubat Yifeng Dan (ubat menghalang kahak angin / wind stopping pill) ramuan dari Qianzheng San dicampur dengan Uncaria, siler dan tabasheer (sejenis ekstrak buluh, tianzhuhuang). Banyak lagi ubatan Cina kunoh yang menggunakan keladi tikus sebagai ramuan utama dalam ubatan mereka.

Dalam buku Sichuan Chinese Pharmacological History, dituliskan bahawa unsur timbangan bagi typhonium ialah “hangat dan mempunyai rasa kemanis –manisan, kelat, menyucuk, bertoksik dan ia boleh menyembuh sakit gastrik dan sendi disebabkan dari gangguan darah”.

Dalam tahun 1995-96 seorang Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Christopher Teo Kheng Hoe seorang botanis berkata, ‘keladi tikus’ dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiak tumbuhan itu, yang dipercayai boleh menyembuh penyakit’’, ketika itu beliau terlibat dalam kajian pembiakkan tumbuh-tumbuhan dan beliau berjanji untuk membantu membiakkan keladi tikus dan melalui kajian dijalankan ke atas keladi tikus atau Typhonium, Teo berkata, pesakit menunjuk kesan positif selepas memakan tumbuhan berkenaan, bahkan pesakit akan berasa lebih baik, tidak letih dan mempunyai selera makan.

KELADI TIKUS ASLI

Patricia Skinner dalam bukunya Unani-tibbi, Encyclopedia of Alternative Medicine, menjelaskan, doktor pertama yang berhasil melakukan terapi kanser adalah Ibnu Sina atau Avicenna. Dalam Canon of Medicine, Ibnu Sina menggunakan, salah satu cara pebedahan yang disertai pemotongan atau pembersihan pembuluh darah.

Profesor Nil Sari dari Universitas Istanbul, Cerrahpasha Medical School dalam tulisannya berjudul “Hindiba: A Drug for Cancer Treatment, menuturkan, pada abad ke-12 M, ilmuwan Muslim bernama Ibnu al-Baitar menemukan ramuan obat kanser atau tumor bernama “Hindiba”. Obat kanser warisan peradaban Islam itu dipatenkan oleh Profesor Nil sari pada 1997.

KHASIAT DAN KEGUNAAN

Keladi tikus dapat membunuh sel-sel barah ini dan membaiki semula sel yang telah rosak akibat kemoterapi. Herba ini bersifat antivirus dan antibakteria. Air dari pokok ini mampu merencatkan ketumbuhan kanser dan membantu mengurangkan kesan sampingan rawatan kemoterapi.

Sebelum penemuan terbaru ini, herba tanaman ini telah lama digunakan dalam rawatan kecederaan dalaman dan bengkak dalaman yang menyebabkan pengumpulan cecair pada sel sel dan tisue dalaman (edema). Batang tanaman ini (Rhizome) secara tradisional digunakan sebagai ubat batuk dan untuk penyakit paru paru. Di Filipina pembungaannya (inflorescence) diguna untuk meredakan pendarahan dan membantu dalam penyembuhan luka (Perry, 1980).

Isi kandungan pada daun:

  • Hexa acid dekanoat
  • Acid okta dekanoat
  • Lauric acid
  • Acid kapriat
  • Koniferin

Isi kandungan dalam batang (steim):

  • Serebrosida
  • Daukasterol
  • Inactivating ribosome protein / RIP

Isi kandungan pada Jalur Melintang (rhizome):

  • Alkaloids
  • Triterpenoid
  • Polyphenols
  • Arginine
  • Tritofan
  • Fitol

BAGAIMANA TYPHONIUM FLAGELLIFORME BERTINDAK?

Typhonium Flagelliforme / keladi tikus membantu detoksifikasi dalam sistem darah. Kajian menunjukkan bahawa keladi tikus mengandungi kandungan Arginine yang tinggi. Arginine adalah asid amino yang penting yang mana diperlukan untuk pertumbuhan normal mikrob, tanaman dan haiwan. Arginine juga diperlukan untuk mengekalkan metabolisme yang normal dan proliferasi sel.

Keladi tikus mengandungi anti-neoplastik atau antikanser, serta berkhasiat sebagai antivirus. Kesan farmakologi ini ialah menjadi ubat utama untuk merawat cancer. Ramuan ini mengandungi ribosome inacting protein (RIP), zat antioksidan dan zat antikurkumin. RIP berfungsi membantutkan perkembangan sel kanser, tanpa merosak jaringan sekitarnya, dan menghalang pertumbuhannya. Zat antioksidan berfungsi mencegah kerosakan gen, sementara zat antikurkumin berfungsi sebagai antiinflamasi/antiperadangan.

Tanaman ini mampu menyembuhkan berbagai jenis kanser , mulai dari payudara, paru-paru, usus besar, rektum, lever, prostat, ginjal, leher rahim, tenggorokan, tulang, otak, limpa, leukemia, hempedu, sampai pancreas.

MANFAAT KELADI TIKUS

Menurut data dari Malaysia, berbagai penyakit telah dapat dibantu antaranya adalah kanser seperti payudara, paru-paru,usus besar-rectum, liver, prostat, ginjal,leher rahim, tenggorokan, tulang, otak, limpa, leukimia, hempedu, pankreas dan hepatitis (Media Indonesia)

Penyakit-penyakit berat lainnya seperti: Diabetes Melitus, demam berdarah, radang otak, radang tenggorokan,ambeien akut, sakit gigi, keputihan, kista, sinus (gangguan hidung), hernia, biduran dan semua penyakit yang disebabkan virus dan bakteria.

KHASIAT TANAMAN KELADI TIKUS

Tanaman keladi tikus (Typhonium flagelliforme) adalah tanaman sejenis tumbuhan setinggi 25 cm hingga 30 cm, termasuk tumbuhan semak, menyukai tempat yang lembab yang tidak terkena matahari secara langsung. Tanaman berbatang basah ini biasanya tumbuh di tempat terbuka pada ketinggian 1.000 meter di atas permukaan laut. Bentuk daunnya bulat dengan ujung runcing berbentuk jantung. Warnanya hijau segar. Umbinya berbentuk bulat rata sebesar buah pala.

Tanaman ini pertama kali di katagorikan sebagai tanaman ubatan herba oleh ahli dari Malayia, Prof Dr.Chris K.H.Teo,Dip Agric (M), BSc Agric (Hons)(M), MS, PhD . Sejak tahun 1995 Prof. Chris Teo meneliti tanaman ini, hasilnya menunjukan Ekstrak Typhonium Flageffiforme dan campuran bahan alami lainnya membantu detoxifikasi jaringan darah.

Ramuan ini akan semakin baik bila diberikan bersama-sama dengan bahan herba lain, seperti sambiloto, temu putih dan rumput mutiara. Ramuan ini mengandung ribosome inacting protein (RIP), zat antioksidan dan zat antikurkumin. Kombinasi ketiga zat dalam campuran ramuan tersebut memproduksi mediator yang menstimulasi penguatan sel dalam sistem kekebalan tubuh untuk memberantas penyakit merbahaya.