My Cart

Close

Al Ejib Minyak Kelapa Dara Extra Zaitun 100 ml

$9.50

9555651600037

About

What it is :

Minyak kelapa dara merupakan minyak jernih yang dihasilkan dari kelapa segar yang diekstrak menggunakan kaedah bioteknologi terkini, dan sesuai untuk semua peringkat umur, jantina, ibu hamil dan boleh berfungsi 3 cara iaitu:

Ia dijamin selamat, suci dan berkesan kerana ia diperbuat dari bahan herba semulajadi berbanding syampu biasa yang mengandungi bahan kimia. Minyak ini tidak mudah teroksida dan boleh tahan selama 3 tahun. Ia juga sesuai untuk semua peringkat usia, jantina dan ibu hamil.

  • Kaya dengan vitamin E dan merupakan pelindung UV terbaik. Untuk kecantikan wajah, disapukan ke muka dan membantu mengurangkan garis-garis halus, tompok hitam, jeragat, menghilangkan kesan minyak dan ruam.
  • Boleh disapu untuk penjagaan rambut dan menjadikan rambut lebih lembut, hitam dan sihat bersinar juga mengelakkan keguguran rambut. Selepas 3 hingga 4 minggu anda akan dapati ketebalan setiap helai rambut akan bertambah.

Minyak kelapa dara asli harganya mahal kerana 100 biji bagi kelapa asli bila diekstrak hanya mengandungi 1 liter minyak kelapa dara asli, susut nilainya sama seperti daging dimasak menjadi serunding. Minyak kelapa dara asli baunya tidak berbau busuk atau tengik dan baunya yang asli berkekalan (tidak berubah)

Benefits :

  • Anti virus, bakteria, fungus dan protozoa
  • Pemangkin sistem pertahanan badan
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Menggalakkan pertumbuhan sel baru
  • Melembut dan melembapkan kulit
  • Mengurangkan kesan kedutan kulit
  • Pertumbuhan rambut yang sihat
  • Menghindar sakit jantung dan darah tinggi
  • Meredakan batuk, selsema dan resdung
  • Menghapuskan kolestrol
  • Berkesan mengurangkan masalah buasir
  • Berkesan mengurangkan masalah sembelit
  • Berkesan mengurangkan masalah hepatitis c
  • Berkesan mengurangkan masalah ulser perut
  • Berkesan mengurangkan masalah sakit gigi dan gusi
  • Mengurangkan risiko dan kesan kanser
  • Menghapus dan menghindar kelemumur
  • Mengurangkan masalah lelah atau asthma
  • Memberikan perlindungan dan khasiat kepada susu ibu
  • Kaya dengan vitamin e.

Mengenali virgin coconut oil sebagai makanan berfungsi.

  • Secara tradisi pokok kelapa mempunyai pelbagai khasiat kegunaan turun temurun. Air kelapa berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit demam campak yang disebabkan oleh virus. Air kelapa juga digunakan untuk menjadi penawar racun. Selain dari itu, kelapa digunakan untuk merawat seseorang yang terlebih makan ubat, (over-dose). Sungguhpun demikian, minyak kelapa asli telah didapati mempunyai kesan dan fungsi kesihatan yang lebih hebat dari air kelapa.
  • Di amerika syarikat dan negara barat,minyak kelapa asli telah digunakan di dalam formulasi makanan untuk pesakit tua dan kritikal. Ia juga merupakan bahan penting dalam formulasi makanan bayi.

Dimasa silam, menyapu tubuh dengan minyak zaitun merupakan satu antara lambang-lambang suci dam memuliakan dengan agama allah, manakala sebahagian para nabi dan pendita bani isra’il mereka dinamakan manusia yang disapu atau diberkati allah sebab menggunakan minyak berkat ini.
Zaitun dikenali juga dengan nama olea europaea manakala minyaknya disebut olive. Dalam surah at-tiin, allah telah bersumpah dengan tiin dan zaitun dalam firmannya “(demi tiin dan zaitun). Menunjukkan betapa pentingnya kedudukan 2 pokok ini”

Benefits of Zaitun :

  • Melambatkan tua, awet muda
  • Menggemukkan badan, jika hendak gemuk, dimakan buahnya 3 biji sekali makan, 3 kali sehari sebelum sarapan, tengahari dan malam
  • Menguatkan tenaga tubuh, buahnya dimakan pada setiap hari antara 1-3 biji. Manakala minyaknya disapu atau digosokkan pada anggota tubuh
  • Melebatkan janggut dan rambut, dicampur dengan minyak jarak dan minyaknya dilumur setiap 2 hari kepada janggut dan rambut (merupakan antara amalan orang-orang eropah)
  • Menguatkan rambut dan janggut, minyaknya disapu pada rambut dan jangut pada setiap 2 hari
  • Menahan keguguran rambut, hendaklah melumur minyak ke kulit kepala dan rambut pada setiap malam selama 7 hari. Sesudah dilumur, kepala ditutupkan sehingga pagi, di mana dia perlu dibasuh
  • Agar tahan kulit, kulit selalu dilumur dengan minyak zaitun, dibuat 3 kali sehari. Jangan lupa baca bismillah
  • Pencantik warna kulit, buah zaitun dimakan secara kerap. Kulit akan bercahaya gemilang
  • Penyegar kulit, minyaknya 2 sudu besar diminum di kala pagi dan petang
  • Pelembut kulit, minyaknya 2 sudu besar diminum dikala pagi dan petang, kulit dimandi – wapkan (kukus) untuk membuka liang-liang pori kulit, kemudian disapu dengan minyak zaitun yang suam dan ditutup dengan kain basah yang hangat kira-kira 10 minit. Sesudah itu minyak dibersihkan dengan kain lain yang basah serta suam