My Cart

Close

Al Ejib, Kopi Belalai Gajah, 15 sachets X 25 g

Sold Out

9555651600396

About

What it is :

Kopi belalai gajah beraroma diperkaya dengan pati delima. Membantu mengurangkan paras kolestrol, mengurangkan keletihan, membantu mencegah kanser, rendah kalori, dapat menurunkan berat badan, sesuai untuk pesakit diabetis dan meningkatkan tenaga.
Kopi sebagai minuman, pertama kali digunakan oleh ahli-ahli sufi Yaman bagi membantu mereka qiyamullail dan kemudiannya tersebar ke serata tanah Arab. Orang Eropah mula mengenali kopi ketika pertembungan dan pertukaran tamadun dalam kalangan bangsa Arab dan Eropah semasa zaman gelap Eropah.
Malahan sebahagian pengkaji sejarah mengatakan kopi telah memainkan peranan yang besar dalam kebangkitan Eropah (Renaissance) kerana sebelum itu orang Eropah rata-rata hanya meminum minuman keras dan sentiasa dalam keadaan yang mabuk atau separa mabuk. 
Apabila kopi diperkenalkan mereka mula beralih kepada kopi untuk waktu siang dan arak waktu malam dan telah membolehkan mereka berfikir dengan jelas dan membangunkan tamadun. 
Al Ejib Herbs menyedari tentang kelebihan dan khasiat yang terdapat pada kopi, dengan ini syarikat telah memformulasi kopi pracampur berasaskan daun belalai gajah dan buah delima.
Tanaman serta khasiat herba botani ini dapat membantu mengurangkan paras kolestrol, mengurangkan keletihan, membantu mencegah kanser, rendah kalori, dapat menurunkan berat badan, sesuai untuk pesakit diabetis dan meningkatkan tenaga. 
Benefits of Daun Belalai Gajah : 
Pokok Belalai Gajah (nama saintifik : Clinachantus nutans (Burm.F) Lindau), daunnya telah dikenalpasti mengandungi bahan antioksidan yang tinggi dan mampu bertindak sebagai anti sel kanser. Tumbuhan ajaib ini adalah anugerah Tuhan untuk meringankan kesengsaraan penghidap kanser. Belalai Gajah terbukti sebagai agen anti oksida yang baik di mana ianya dapat mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser. Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan. 
Daun Belalai Gajah mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi. Akarnya mengandungi betulin dan sebatian triterpenoids. Daun Belalai Gajah yang dikeringkan mengandungi protein mentah (> 45%) dan 17 jenis asid amino. Nilai khasiatnya tinggi dengan kandungan pelbagai jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin, asid amino dan lain-lain yang memberi nilai perubatan yang baik atau kegunaan rawatan yang istimewa. 
Benefits of Buah Delima :
  • Buah delima sangat baik kepada kesihatan kerana ia mempunyai kandungan anti oksida yang lebih tinggi daripada beri asai (acai berry) ataupun teh hijau.
  • Buah delima mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi, dalam 100ml mengadungi 16 peratus kadar keperluan harian seseorang.
  • Selain itu, buah delima juga mempunyai kadar Vitamin K yang tinggi, dimana boleh membantu kesihatan tulang. Tambahan lagi, buah delima mengandungi Vitamin B yang mana boleh membantu badan memproses protein, karbohidrat dan lemak.
  • Buah delima mengandungi manganese untuk membantu pembentukan struktur tulang semasa proses metabolik dan potasium yang boleh mengekalkan fungsi selular dan mengawal kadar bendalir dalam badan.
  • Buah ini juga mengandungi kadar fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi. Manakala, kandungan lemak dan kolestrol dalam buah ini sangat sedikit.
  • Buah ini hanya mempunyai 130-150 kalori, yang mana 105 kalori tersebut daripada biji (kita kebiasaannya tak makan biji tersebut).
  • Biji tersebut mempunyai kadar kalori sedemikian kerana mengandungi minyak tidak tepu, gula dan karbohidrat. Pada masa yang sama, biji tersebut mengandungi serat dan protein.
Benefits of Buah Delima :
Buah delima sudah digunakan dalam bidang perubatan di Timur Tengah sejak dahulu lagi. Pada masa itu, ia digunakan sebagai tonik untuk menyembuhkan penyakit ringan seperti ulser dan cirit-birit.
Jus buah delima mengandungi anti oksida seperti anthocyanin dan asid ellagik, gallic acids, dan flavanoids seperti quercetin yang mana boleh melindungi anda daripada kencing manis (diabetes), sakit jantung, osteoarthritis dan beberapa jenis kanser yang lain. 
Advantages in terms of health :
Pengembalian Sel. Buah delima boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran darah ke kulit.
  • Lambatkan Proses Penuaan. Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.
  • Mengekalkan Awet Muda. Buah delima mempunyai kandungan yang boleh melembutkan kulit dan wajah. Pada masa yang sama menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit.
  • Memulihkan Kulit Yang Kering. Buah delima ada kalanya dimuatkan dalam produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk ke dalam lapisan kulit dan memberikan kelembapan tambahan.
  • Buah delima mengandungi punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.
  • Merawat Keguguran Rambut. Minum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat.

Ingredients :

Kopi segera, Kremer bukan tenusu, Serbuk koko, Gula, Ekstrak delima, Daun belalai gajah.

Directions :

  • Satu uncang kopi dicampurkan ke dalam gelas air panas ( 150 ml ), minum 2 kali sehari iaitu selepas makan tengahari dan selepas makan malam
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita

Cautions :

  • Tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil berusia 5 tahun dan ke bawah
  • Tidak sesuai untuk ibu mengandung dan mnyusukan anak
  • Tidak sesuai bagi mereka yang baru menjalani pembedahan
  • Sekiranya terdapat simptom tertentu dapatkan nasihat doktor