My Cart

Close

Global Herbs, Jus Sultan Apple Cider Plus Daun Rerama, 350 ml

$28.00 $35.00

700300

About

What it is :

JUS CEGAH PENYAKIT: Sultan Apple Cider Plus Daun Rerama edaran Arklife ini kaya dengan antioksidan.

Benefits :

PRODUK kesihatan Jus Sultan Apple Cider Plus Daun Rerama mengandungi bahan-bahan semula jadi yang boleh membantu mengubati serta mencegah pelbagai jenis penyakit.

Contohnya, bawang putih yang kaya dengan antioksidan, membantu memelihara peredaran darah sambil memperkukuh lagi imuniti badan.

Halia, yang terkandung dalam jus ini pula, secara umumnya digunakan untuk mengubati batuk, selesema, sakit kepala, masalah saluran darah dan artritis sendi.

Limau, yang mempunyai bahan antibakteria dan antivirus sejak berkurun lamanya, membantu pengguna mengurangkan berat badan di samping menggalak imuniti badan, memulih penghadaman dan membaik pulih kesihatan.

Pada masa sama, Jus Sultan Apple Cider Plus Daun Rerama mengandungi perahan epal yang telah diperam untuk menjadi cuka tanpa alkohol.

Ia digunakan sebagai tonik bagi membantu memulih penyakit seperti kencing manis, barah, penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi.

Cuka pati epal itu turut membantu dalam proses penghadaman.

Di samping itu, madu dalam jus ini amat berkesan bagi mengubati beberapa penyakit usus, jantung dan saraf. Malah, madu telah dibuktikan mujarab bagi menyembuhkan beberapa jenis penyakit lain.

Sementara itu, daun rerama adalah sejenis tumbuhan herba berbatang lembut asal Asia Tenggara. Hasil kajian Institut Bioteknologi Melaka mendapati bahawa pokok rerama hijau mempunyai 13 sebatian yang boleh digunakan sebagai ubat-ubatan.

Ia juga boleh digunakan untuk meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah.

Directions :

Jus Sultan Apple Cider Plus Daun Rerama ini boleh diambil oleh kaum Adam dan Hawa. Pengguna hanya perlu mencampurkan satu sudu besar jus ini ke dalam segelas air suam dan mengambilnya setengah jam sebelum makan, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam.

Orang ramai juga boleh mencuba Teh Rerama Super Plus. Produk ini boleh diambil oleh kaum lelaki dan wanita. Pengguna perlu merendam uncang Teh Rerama Super Plus dalam air panas dan meminumnya dua kali sehari.